博文

目前显示的是 四月, 2023的博文

SAJAK KEMERDEKAAN MALAYSIA

图片
SAJAK KEMERDEKAAN MALAYSIA Saban 31 Ogos Mentari menerjah kulit bumi Merdeka ini di sini Terdiri Menara Petronas Di sini terjulang KLCC Di bawah arus LRT Subur mekar pembangunan Di tanah bertuah ini Saya amat menghargai Dan menyayangi tanah tercinta ini Malaysiaku tercinta Di bawah kesejahteraan Aku bernafas Intelektual Aku menghirup  Udara nyaman udara perpaduan Di singgahsana bumi berdaulat Terima kasih jasa pemimpin Memajukan Malaysia Agar menuju ke puncak Jaya Kemerdekaan ini penting dan mahal untuk kami Kami harus menghargainya.

Melawat ke Universiti Malaya

Pada hari Sabtu yang lepas, abang saya telah membawa saya untuk pergi melawat ke Universiti Malaya, iaitu menara gading abang saya. Abang saya mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu (APM) , Universiti Malaya (UM) . Manakala, saya pula menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada hari tersebut, abang saya datang ke UPM dengan tujuan meneman saya untuk menjamu selera pada waktu tengah hari. Selepas menikmati makanan yang enak sekali, termasuk nasi goreng kampung, ayam goreng dan kangkung goreng, kami terus bertolak dari UPM dan menuju ke UM menerusi MRT. Setelah tiba di destinasi kita, iaitu Universiti Malaya. Abang saya membawa saya untuk melawat ke Perpustakaan Utama Universiti Malaya untuk menelaah buku-buku yang bermanfaat dan seterusnya ke stesen bas UM untuk menaiki bas ke Akademi Pengajian Melayu. Saya juga bersama dengan abang saya untuk melawat ke Muzium Akademi Pengajian Melayu dengan mengenali khazanah bangsa dan budaya Melayu yang ...