Melawat ke Universiti Malaya
Pada hari Sabtu yang lepas, abang saya telah membawa saya untuk pergi melawat ke Universiti Malaya, iaitu menara gading abang saya. Abang saya mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu (APM) , Universiti Malaya (UM) . Manakala, saya pula menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pada hari tersebut, abang saya datang ke UPM dengan tujuan meneman saya untuk menjamu selera pada waktu tengah hari. Selepas menikmati makanan yang enak sekali, termasuk nasi goreng kampung, ayam goreng dan kangkung goreng, kami terus bertolak dari UPM dan menuju ke UM menerusi MRT.
Setelah tiba di destinasi kita, iaitu Universiti Malaya. Abang saya membawa saya untuk melawat ke Perpustakaan Utama Universiti Malaya untuk menelaah buku-buku yang bermanfaat dan seterusnya ke stesen bas UM untuk menaiki bas ke Akademi Pengajian Melayu. Saya juga bersama dengan abang saya untuk melawat ke Muzium Akademi Pengajian Melayu dengan mengenali khazanah bangsa dan budaya Melayu yang begitu bernilai di sana.
Selepas itu, abang juga membawa saya untuk mengunjungi Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah Universiti Malaya, iaitu kolej kediaman abang saya sehingga kini. Kami telah minum petang di sana bersama sahabat-sahabat karib abang saya di kafeteria kolej. Kami menikmati karipap, donat dan Teh O' Ais di sana. Sangat seronak.
Agak-agak pada jam 6 petang, abang saya membawa saya balik ke UPM dengan menaiki MRT sehingga ke Stesen MRT UPM, dan saya menaiki bas dan pulang ke UPM dengan berhati-hati. Abang saya pula kembali pulang ke UM.
Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat berfaedah untuk saya dan tidak dapat ternilai dengan wang ringgit. Semoga saya dapat melawat lagi ke UM pada masa akan datang dan saya juga merancang untuk membawa abang saya bagi melawat ke UPM pada masa depan sekiranya berkelapangan.
评论
发表评论