Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023
Saya telah melaksanakan Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023 di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Program komuniti adalah salah satu pecahan penilaian dalam Kursus Kokurikulum Berkredit. Pelajar wajib menganjurkan program bersama komuniti di dalam atau luar kampus untuk keperluan syarat lulus Kursus Kokurikulum Berkredit.
Saya merupakan salah satu mahasiswi dari QKK2101 Baktisiswa kumpulan 1, aktiviti kami bernama "PROGRAM LAUGH N' LEARN WITH UPM" . Kami perlu pergi ke sebuah sekolah rendah di kajang dan menganjurkan sebuah kem kepimpinan untuk pengawas pada hari pertama. Selain itu, kami juga menjalankan aktiviti yang berfaedah bersama murid-murid supaya dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan mampu bekerjasama bagi menyelesaikan tugasan.
Pada keesokan harinya adalah untuk membantu mengecat sekolah. Saya bertanggungjawab untuk mengecat hiasan sekolah iaitu tayar manakala kawan-kawan saya bertanggungjawab untuk mengecat tangga. Selepas mengecat, seluruh sekolah kelihatan serba baharu.
Walaupun kedua-dua hari ini saya berasa sangat penat, tetapi saya rasa semuanya berbaloi selepas melihat sekolah tersebut menjadi bersih dan cantik.
评论
发表评论