博文

Selamat Datang Ke Blog Saya ^-^

Majlis Ilmu Madani

图片
Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana boleh menyertai Majlis Ilmu Madani ini bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya. Ini juga merupakan kenangan saya yang tidak akan lupa pada masa hadapan.

Temuduga Pelajar Baru

图片
Hari ini merupakan hari temuduga Bacelor Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian. Temuduga ini telah dilaksanakan bertempat di Block C FBMK. Hampir seramai 80 orang calon pelajar telah menduduki sesi temuduga dan ujian bertulis. Dr Wong Ling Yan menyuruhkan mahasiswa mahasiswi tahun 1 dan 2 untuk menolong dalam temu duga ini. Oleh itu, saya dengan kawan-kawan saya bertolak ke sana selepas kelas baktisiswa. Kami menolong Dr Wong untuk menyusunkan pelajar dan membantu mereka sekiranya mereka mempunyai perselisihan faham tentang temuduga ini.

Minggu Ke-13

图片
Cepatnya masa berlalu, hari ini merupakan hari Jumaat minggu ketiga belas. Terdapat banyak Dr yang sedang mengejar sukatan dalam mata pelajaran masing-masing dengan harapan dapat menyelesaikan sukatan tersebut sebelum peperiksaan akhir. Walau bagaimanapun, saya tetap belajar bersungguh-sungguh supaya boleh mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir.

Usaha Tangga Kejayaan

图片
Minggu ini ialah minggu ke-13, terdapat banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Saya sangat berusaha untuk menyelesaikan semua kerja tersebut walaupun letih. Saya berharap dapat menyelesaikan kerja-kerja tersebut terutamanya kerja kumpulan dengan beik Dan secepat mungkin.

Program Bual Bicara Berkenaan Pengaruh Mahasiswa Terhadap Ekonomi Negara

图片
Hari ini merupakan hari yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Hal ini dikatakan demikian kerana hari ini Fakulti Perniagaan telah mengadakan Program Bual Bicara Berkenaan Pengaruh Mahasiswa Terhadap Ekonomi Negara di Dewan Za'aba, FBMK, UPM. Program ini telah menjemput Puteri Reformasi, Nurul Izzah Binti Anwar untuk menjadi penceramah program ini.  Beliau sangat berpengalaman serta berpengetahuan dan saya telah belajar banyak daripada beliau. Selepas program tersebut tamat, saya berasa sangat bangga dan gembira kerana dapat bergambar dengan beliau.  Beliau merupakan teladan saya untuk terus berusaha pada masa depan. Saya amat bersyukur kerana dapat menyertai program yang sangat bermanfaat ini.😊

Berjumpa dengan Sahabatku

图片
Hari ini hari Selasa, saya berjumpa dengan kawan saya yang sedang belajar di Universiti Malaya, kami bertemu di Tun Razak Exchange dan meneruskan perjalanan ke Sri Petaling untuk makan malam. Kami berdua sekelas semasa Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail. Kami telah berbual banyak yang berkaitan dengan kehidupan kita di universiti masing-masing. Pada pukul 8:00 pm, kami balik ke Universiti masing-masing.

Balik Rumah

图片
Selepas melaksanakan Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023aktiviti pada hujung minggu lalu, saya telah menaiki bas untuk pulang ke kampung saya iaitu Muar, Johor. Saya sangat gembira sepanjang perjalanan ini dan saya sangat merindui ibu bapa dan kakak saya yang lama tidak berjumpa. Setelah tiba di Muar Stesen, ayah membawa saya dari stesen ke rumah. Sesampai sahaja di rumah dan melangkah masuk ke rumah yang saya cintai, saya berasa segala penat terus hilang. Selain itu, Ibu dan ayah menyediakan banyak makanan yang lazat untuk saya, saya menikmati lauk tersebut dengan penuh syukur. Tujuan saya balik rumah ini adalah untuk menghantar barang-barang yang tidak perlu dari asrama balik ke rumah. Hal ini untuk mengelakkan pada cuti semester yang akan datang nanti saya tidak dapat berpindah semua barang yang berada di asrama ke rumah sekaligus. Akhirnya, saya berasa sangat gembira kerana dapat balik ke rumah saya saya r...