Program Bual Bicara Berkenaan Pengaruh Mahasiswa Terhadap Ekonomi Negara


Hari ini merupakan hari yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Hal ini dikatakan demikian kerana hari ini Fakulti Perniagaan telah mengadakan Program Bual Bicara Berkenaan Pengaruh Mahasiswa Terhadap Ekonomi Negara di Dewan Za'aba, FBMK, UPM. Program ini telah menjemput Puteri Reformasi, Nurul Izzah Binti Anwar untuk menjadi penceramah program ini. 

Beliau sangat berpengalaman serta berpengetahuan dan saya telah belajar banyak daripada beliau. Selepas program tersebut tamat, saya berasa sangat bangga dan gembira kerana dapat bergambar dengan beliau. 

Beliau merupakan teladan saya untuk terus berusaha pada masa depan. Saya amat bersyukur kerana dapat menyertai program yang sangat bermanfaat ini.😊

评论

此博客中的热门博文

Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023

Majlis Ilmu Madani