Balik Rumah

Selepas melaksanakan Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023aktiviti pada hujung minggu lalu, saya telah menaiki bas untuk pulang ke kampung saya iaitu Muar, Johor. Saya sangat gembira sepanjang perjalanan ini dan saya sangat merindui ibu bapa dan kakak saya yang lama tidak berjumpa. Setelah tiba di Muar Stesen, ayah membawa saya dari stesen ke rumah. Sesampai sahaja di rumah dan melangkah masuk ke rumah yang saya cintai, saya berasa segala penat terus hilang. Selain itu, Ibu dan ayah menyediakan banyak makanan yang lazat untuk saya, saya menikmati lauk tersebut dengan penuh syukur. Tujuan saya balik rumah ini adalah untuk menghantar barang-barang yang tidak perlu dari asrama balik ke rumah. Hal ini untuk mengelakkan pada cuti semester yang akan datang nanti saya tidak dapat berpindah semua barang yang berada di asrama ke rumah sekaligus. Akhirnya, saya berasa sangat gembira kerana dapat balik ke rumah saya saya rindu sekali dan saya juga dapat bertemu dengan kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa.

评论

此博客中的热门博文

Majlis Ilmu Madani

Berjumpa dengan Sahabatku

Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023