Kampung saya, Muar.

Sudah pun beberapa bulan saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), setiap kali cuti, terutamanya cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini sememangnya menyebabkan saya berasa sangat gembira kerana dapat kembali ke kampung halaman dan bercuti dengan ahli keluarga kesayangan saya.


Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat berjumpa mahupun menemani ayah, ibu, abang dan adik saya di rumah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik, termasuk menjalankan aktiviti gotong-royong di rumah, bermain catur, menonton televisyen, dan beriadah dengan bersama-sama  Ayah saya merupakan seorang yang sangat gemar untuk memasak, setiap kali saya balik kampung, beliau mesti menyediakan masakan yang cukup  sedap untuk saya. Ini menyebabkan saya tidak sabar nak balik kampung.


Saya amat berharap cuti kali ini akan sama seperti dulu, dapat berjumpa ahli keluarga dan juga datuk dan nenek. Saya juga akan menyempurnakan tugasan kursus saya sebelum pulang ke kampung bersama abang saya. Lazimnya, kami akan membeli tiket bas Mayang Sari secara atas talian dan balik ke Muar, Johor, iaitu kampung halaman saya. 


 Cuti kali ini sememangnya saya menanti-nantikan.






评论

此博客中的热门博文

Majlis Ilmu Madani

Berjumpa dengan Sahabatku

Program Komuniti Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2022/2023